Tangkap papan putih, slaid atau dokumen dengan pantas. OneNote akan memangkas dan mempertingkatkannya agar mudah untuk dibaca. Kami juga akan mengecam teks yang ditaip agar anda boleh mencarinya kemudian.
Lakar gambar rajah dari papan dengan stilus. Tulis semua nota anda dengan tangan jika anda berasa lebih selesa dibandingkan dengan menaip.
Jangan catat semua perkataan dalam kuliah tetapi catat bahagian yang penting sahaja. OneNote memaut nota anda kepada audio, jadi anda boleh terus menuju ke perkara yang diperkatakan apabila anda mengambil setiap nota.
OneNote direka untuk berfungsi dengan lebih pantas dan fleksibel untuk teks, senarai tugasan dan jadual. Jangan risau akan tataletak, taip di mana-mana sahaja pada laman yang anda mahu.
Jika anda mempunyai e-mel mereka, anda boleh berkongsi dengan mereka. Proses bermula adalah sangat mudah dan cepat.
Sama ada anda berada di bilik yang sama atau di kampus, bekerja bersama-sama dalam masa nyata. Tanda semakan menunjukkan individu dan bahagian yang diuruskan.
Sama ada di kelas, di bilik anda, di makmal komputer atau di kedai kopi, anda boleh bekerja bersama-sama dari mana-mana tempat dan pada mana-mana peranti. OneNote menyegerakkan secara automatik bagi menyimpan semua untuk anda, walaupun jika seseorang itu berada di luar talian.
Penyelidikan web adalah penting untuk kebanyakan projek. Tangkap mana-mana laman web pada mana-mana pelayar dengan satu klik. Catatkan laman itu pada OneNote.
Simpan slaid dan kertas kuliah dengan nota anda. Ambil nota di bahagian atas atau tepi dengan menaip atau menulis dengan stilus.
Tulis di atas foto atau cetakan. Susun seperti nota lekit agar idea anda dapat difahami. Beri komen hanya dengan menulis pada jidar.
Pemfail atau penimbun? OneNote suka kedua-duanya. Susun nota dan projek anda dengan mencipta buka nota dan seksyen. Cari dengan mudah mana-mana teks yang anda taip, pangkas atau tulis dengan tangan.