Aplikasi Sorotan
Tingkatkan pengalaman OneNote anda dengan aplikasi dan peranti ini.
Brother Web Connection
Mesin Brother anda (MFP/Pengimbas dokumen) boleh mengimbas imej dan memuat naiknya terus ke OneNote dan OneDrive tanpa melalui PC.
Chegg
Para pelajar boleh menyimpan jawapan kerja rumah mereka yang kritikal dari Chegg Study Q&A ke OneNote. Ini mudah dilakukan dengan butang "Pangkasnya" OneNote. Dari sana, anda boleh bermula mengatur jawapan anda menurut subjek, kelas atau tugasan dan menjadikannya boleh dicari dengan segera dalam OneNote. Cipta panduan pembelajaran yang terbaik dan kongsi dengan rakan kelas anda.
cloudHQ
Sepadukan nota OneNote anda dengan cloudHQ. Segerakkan buku nota anda dengan perkhidmatan awan popular yang lain seperti Salesforce, Evernote, Dropbox. Bekerjasama dengan orang lain dengan mudah, kongsi idea anda dalam sebarang aplikasi dan segerakkannya kembali ke OneNote secara automatik. Selain itu, sandarkan buku nota OneNote anda dalam perkhidmatan awan yang lain untuk melindungi idea anda sekiranya anda terpadam secara tidak sengaja.
Newton
Simpan e-mel penting pada OneNote dengan hanya satu klik menggunakan Newton. Sama ada ia merupakan invois, resepi atau e-mel pelanggan penting, gunakan penyepaduan OneNote Newton untuk menyimpan semuanya bersama-sama.
Docs.com
Docs.com membenarkan pengguna untuk menyebar nota atau bahan pembelajaran melalui buku nota OneNote. Ia mendayakan individu seperti guru dan pelajar di seluruh dunia untuk melihat dan mengguna kembali nota buku OneNote anda, meningkatkan populariti dan pengaruh di dalam komuniti.
Doxie Mobile Scanners
Doxie merupakan pengimbas kertas jenis baru yang boleh dicas semula, jadi anda boleh mengimbas dokumen di mana-mana sahaja, anda tidak memerlukan komputer. Hanya cas dan hidupkannya, walau di mana jua anda berada, selitkan kertas, resit dan gambar anda untuk diimbas, diarkib dan dikongsi. Doxie mengimbas di mana-mana sahaja, kemudian menyegerakkannya pada OneNote untuk capaian pada semua dokumen imbasan anda, pada semua peranti anda
EDUonGo
EDUonGo membenarkan sesiapa sahaja melancarkan akademik atau kursus dalam talian dengan segera. Pelajar EDUonGo boleh mengeksport pelajaran dengan mudah ke buku nota mereka. Hal ini memudahkan pelajar mengambil nota dan berkongsi dengan orang lain. Pelajar juga boleh menyambung ke akaun OneDrive mereka. Sebagai guru, anda boleh menyertakan video daripada Office Mix dalam pelajaran anda.
E-mel ke OneNote
Catat benda yang penting bagi diri anda ketika anda dalam perjalanan dengan menghantarnya melalui e-mel terus kepada buku nota anda! Hantar dokumen, nota, jadual perjalanan dan banyak lagi kepada me@onenote.com dan kami akan meletakkannya dalam buku nota OneNote anda yang anda boleh mencapainya dari semua peranti anda.
Epson Document Capture Pro
Document Capture Pro membenarkan anda mengimbas dokumen, mengedit halaman, menyimpan fail dan memindahkan data dengan mudah ke aplikasi yang diimbas dengan pengimbas Epson seperti Workforce® DS-30, DS-510, DS-560 dan banyak lagi. Tambahan lagi, pengguna boleh mengimbas ke OneNote dengan satu sentuhan, untuk mencapai dokumen dari berbilang peranti atau berkongsi dengan orang lain secara mudah.
eQuil Smartpen2 & Smartmarker
Tulis nota anda pada sebarang permukaan dan hantarnya ke OneNote dengan membuatkannya permukaan pintar dengan eQuil Smartpen2 dan Smartmarker. Ia cara yang sejadi untuk memetik buah fikiran anda yang hebat.
Evernote kepada Pengimport OneNote
Dengan mudah mengimport nota anda daripada Evernote kepada OneNote dengan penuh keyakinan. Kami akan menyimpan kandungan anda tersusun rapi dengan cara yang anda suka, supaya anda boleh menyambung semula daripada tempat anda tinggalkan.
Feedly
Feedly menghubungkan pembaca dengan cerita dan maklumat yang menarik minat mereka. Gunakan Feedly untuk menemui dan mengikuti kandungan yang menarik kemudian menyimpan artikel yang terbaik terus pada OneNote dengan satu klik.
Paper and Pencil by FiftyThree
Gunakan Pencil dan Paper untuk mencatatkan idea anda kemudian menghantarkannya kepada OneNote. Tulis dan lukis dengan kejituan dan kemudahan dipertingkat daripada Pencil. Jika anda tersalah tulis atau lukis, cuma selak stilus dan padam dengan cara yang sejadi, kesemuanya boleh dilakukan terus dalam OneNote. Ambil nota, tulis senarai semak dan lakaran dalam Paper kemudian kongsi kepada OneNote untuk melakukan perkara lanjut seperti mengendalikan buku nota kongsi bersama-sama, menambahkan rakaman audio dan mencapai kandungan anda daripada mana-mana peranti.
Genius Scan
Genius Scan merupakan pengimbas dalam poket anda. Pengimbas ini membolehkan anda mendigitkan dokumen kertas, mencipta fail PDF dan menyimpannya pada OneNote dengan segera.
IFTTT
IFTTT membolehkan anda mencipta sambungan yang berkesan dengan hanya satu pernyataan yang ringkas - "if this then that" (jika ini maka itu). Gunakan Saluran OneNote pada IFTTT untuk mencipta dan mengongsi Resipi yang akan mencipta halaman, menyegerakkan kandungan dan menghubungkan lebih daripada 80 jenis produk dan perkhidmatan lain secara automatik.
JotNot Scanner
JotNot menukar iPhone anda kepada pengimbas berbilang halaman yang mudah alih. Anda boleh menggunakan JotNot untuk mengimbas dokumen, resit, papan putih, kad perniagaan dan nota kepada format elektronik. JotNot kini menawarkan penyepaduan terus dengan platform OneNote bagi Microsoft, jadi anda boleh menyandar dan mengatur imbasan anda dengan mudah dan pantas menggunakan akaun OneNote anda.
Livescribe 3 Smartpen
Dengan Livescribe 3 smartpen dan aplikasi Livescribe+, hanya tulis di atas kertas dan lihat kesemuanya muncul terus pada peranti mudah alih anda, dan anda boleh tag, cari dan tukar nota anda kepada teks. Anda boleh menghantar semuanya ke OneNote agar nota tulisan tangan dan lakaran anda disepadukan dengan semua maklumat penting anda.
Mod Notebooks
Mod ialah buku nota fizikal yang boleh dicapai dari awan. Ambil nota menggunakan kertas dan pen, kemudian tukar halaman anda kepada bentul digital secara percuma. Setiap halaman buku nota yang lengkap boleh disegerakkan pada OneNote dan disimpan selama-lamanya.
NeatConnect
NeatConnect mengubah longgokan kerta kepada dokumen digital dan menghantarnya terus ke OneNote, tanpa memerlukan komputer. Dari sebarang bilik di rumah anda atau mana-mana lokasi di pejabat, keserasian Wi-Fi NeatConnect dan antara muka skrin sentuh menjadikan pengimbasan ke OneNote lebih pantas dan mudah agar anda boleh menjimatkan masa serta menikmati pengalaman pengaturan dan produktiviti baru yang lebih berkesan.
News360
News360 ialah aplikasi berita peribadi percuma yang mengkaji kegemaran anda dan bertambah pintar apabila anda selalu menggunakannya. Dengan lebih daripada 100,000+ sumber, aplikasi ini akan sentiasa mempunyai sesuatu yang menarik untuk dibaca dan anda boleh menyimpan cerita kegemaran anda terus pada OneNote dengan hanya satu ketikan butang.
Nextgen Reader
Pembaca RSS yang pantas, kemas dan cantik untuk Windows Phone. Sekarang anda boleh menyimpan artikel terus pada OneNote. Selamat membaca!
Office Lens
Office Lens adalah seperti mempunyai pengimbas dalam poket anda. Anda tidak lagi akan terlepas nota pada papan putih atau papan hitam dan tidak perlu lagi mencari dokumen atau kad perniagaan, resit atau nota pelekat yang hilang lagi! Office Lens menjadikan gambar anda mudah dibaca dan boleh digunakan semula. Petik kandungan dan masukkan terus pada OneNote dengan pangkasan dan pembersihan automatik.
OneNote For AutoCAD
OneNote for AutoCAD membenarkan anda untuk mengambil nota di samping lukisan anda dari dalam AutoCAD. Ini menggalakkan produktiviti profesional seni bina dan kejuruteraan seluruh dunia menggunakan AutoCAD untuk mencipta lukisan 2D dan 3D. Nota ini disandarkan ke awan dan boleh dicapai pada bila-bila masa. Pengguna boleh melihat nota ini apabila mereka membuka lukisan di AutoCAD pada masa lain.
OneNote Class Notebooks
Atur pelan pelajaran dan kandungan kursus anda di dalam buku nota digital anda sendiri dengan ruang kerja peribadi untuk setiap pelajar, pustaka kandungan untuk nota edaran dan ruang bekerjasama untuk aktiviti pelajaran dan kreatif.
OneNote Web Clipper
OneNote Web Clipper membolehkan anda menyimpan laman web daripada pelayar anda ke dalam buku nota OneNote anda. Dengan hanya satu klik, aplikasi ini membantu anda menangkap sesuatu dengan pantas dan mengingati lebih banyak perkara dalam kehidupan anda.
Powerbot for Gmail
Simpan e-mel, perbualan dan lampiran penting pada OneNote terus dari antara muka Gmail. Anda tidak lagi perlu bertukar-tukar antara aplikasi.
WordPress
Gubah kiriman WordPress anda pada sebarang peranti, silang platform, dalam talian atau di luar talian dalam OneNote dan guna semula kandungan dengan mudah daripada semua nota sedia ada anda.
Zapier
Zapier merupakan cara yang paling mudah untuk menghubungkan OneNote dengan aplikasi yang anda gunakan, seperti Salesforce, Trello, Basecamp, Wufoo dan Twitter. Gunakan aplikasi ini untuk menyandarkan nota, menyimpan satu rekod bagi tugas yang lengkap atau menyimpan kenalan, gambar, laman web baru dan banyak lagi.